Selamat Datang ke Jabatan Penyenggaraan Elektrikal.
Relatifnya saiz Jabatan ini adalah kecil berbanding dengan Jabatan Penyenggaraan Mekanikal dan Jabatan Operasi tetapi mempunyai peranan yang sama penting bagi memastikan loji janakuasa ARL Tenaga beroperasi dengan cekap,'reliable' dan selamat bagi mendokong motto syarikat 'Menjana Jentera Pembangunan'.
Secara khususnya Jabatan ini dibahagikan kepada dua kumpulan kerja iaitu (i) Penyenggaraan Elektrikal ( Electrical Maintenance) yang disokong oleh En. Rosli Amat ( Pembantu Jurutera), En. Masransah Sahrun ( Juruelektrik Kanan), En. Anwar Tanjong dan En. Guachis Kim Kuan sebagai Juruelektrik dan (ii) Penyenggaraan Instrumen & Kawalan ( Instrument & Control Maintenance)yang disokong oleh En. Jamaludin Arshad ( Pembantu Jurutera) , En. Mazmi Muaram dan En. Irham Md. Zaaba sebagai Juruteknik Instrumen.
Matlamat/tanggungjawab khusus Jabatan ini adalah memastikan sistem-sistem elektrikal dan instrumen kawalan Loji janakuasa berada dalam keadaan sempurna dengan menitikberatkan kualiti dalam kerja-kerja penyenggaraan disamping menggalakkan pengkongsian pengetahuan dan kemahiran.






